Pakej Saringan Kesihatan Galaxy Watch8
Kerjasama bersama Samsung Galaxy Malaysia
Mulakan dengan memahami kesihatan anda hari ini, dan tingkatkannya untuk masa hadapan. Melalui Pakej Saringan Kesihatan Galaxy Watch8, anda akan menerima penilaian kesihatan yang terperinci serta menikmati potongan harga sebanyak RM300 bagi pembelian Samsung Galaxy Watch8 (terma & syarat Dikenakan) — direka untuk membantu anda memantau kesejahteraan secara berterusan, menggabungkan pemantauan kesihatan dan penjagaan pencegahan dengan lancar.
Pakej ini Merangkumi
PENILAIAN KESELURUHAN
- Sejarah Perubatan & Pemeriksaan Klinikal
- Berat Badan, Ketinggian, Indeks Jisim Badan (Body Mass Index, BMI)
- Ujian Penglihatan
- Saringan Tekanan Darah
- Elektrokardiogram (Electrocardiogram, ECG) Rehat
- Analisis Komposisi Badan (Body Composition Analysis, BCA)
UJIAN DARAH
- Kiraan Darah Lengkap
- Kadar Pemendapan Eritrosit (Erythrocyte Sedimentation Rate, ESR)
- Penentuan Kumpulan Darah (ABO & Rh)
- Profil Fungsi Hati
- Profil Fungsi Buah Pinggang
- Profil Lipid
- Ujian Fungsi Tiroid
- Gula Darah Puasa
- HbA1c
- Vitamin D
RADIOLOGI & PENILAIAN DIAGNOSTIK
- Sinar-X Dada
- Ultrabunyi Abdomen & Pelvis
- Ujian Fungsi Pulmonari (Pulmonary Function Test, PFT)
- Ujian Tekanan
PENILAIAN GAYA HIDUP & KESEJAHTERAAN
- Soal Selidik Kualiti Tidur
SESI KONSULTASI
- Semakan oleh Pegawai Perubatan
- Konsultasi Pakar Dietetik
Maklumat Kesihatan di Pergelangan Tangan Anda – Pemantauan Kesihatan Berterusan dengan Samsung Galaxy Watch8
Tingkatkan saringan kesihatan anda dengan Samsung Galaxy Watch8, dan pantau kadar degupan jantung, kualiti tidur, tahap stres serta komposisi badan pada bila-bila masa, di mana sahaja.
Kekal bermaklumat dan mengawal kesihatan anda dengan data kesihatan masa nyata yang menyokong penjagaan pencegahan yang lebih bijak.
Hadiah Istimewa untuk Pelanggan Terawal – Samsung Galaxy Watch8 (40mm, Perak)
5 pembeli bertuah terawal Pakej Saringan Kesihatan Galaxy Watch8 yang membuat pembelian sebelum atau pada 3 Februari 2026 berpeluang untuk MENANG sebuah Samsung Galaxy Watch8! (40mm, Perak)
Pengumuman pemenang akan dibuat melalui Facebook dan Instagram SMCV selewat-lewatnya pada 4 Februari 2026. (Terma & Syarat dikenakan)
Klik di sini untuk melihat Terma & Syarat penuh bagi Samsung Watch8.
- Semua pakej memerlukan janji temu untuk dijadualkan selepas pembelian dibuat.
Terma Am
- Pakej ini hanya sah digunakan di Sunway Medical Centre Velocity (SMCV), Kuala Lumpur.
- Pakej ini hanya sah untuk pesakit yang membayar sendiri.
- Kemudahan Beli Sekarang, Jalani Saringan Kemudian disediakan.
- Pakej yang dibeli boleh ditebus dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pembelian.
- Semua pembelian tidak boleh dikembalikan.
- Pakej ini adalah untuk individu dewasa berumur 18 tahun ke atas.
- E-mel pengesahan berserta nombor pesanan perlu dikemukakan semasa pendaftaran pada tarikh janji temu untuk tujuan penebusan.
- Ujian yang termasuk dalam pakej ini tidak boleh dikeluarkan, digantikan atau diubah.
- Sekiranya pesakit didapati tidak sesuai untuk menjalani ujian tertentu (contohnya Ujian Tekanan), ujian yang tidak lengkap tersebut tidak akan dikembalikan bayarannya atau diganti dengan ujian lain. Pesakit boleh menukar kepada pakej lain dengan nilai yang sama atau lebih tinggi.
- Pakej ini tidak termasuk sebarang ubat, ujian makmal atau diagnostik tambahan, caj rujukan, atau susulan rawatan doktor.
- Tempahan janji temu diperlukan sebelum pakej ini digunakan.
Promosi Samsung Galaxy Watch8
- Setiap pembelian Pakej Saringan Kesihatan Galaxy Watch8 melayakkan pembeli menerima satu (1) kod diskaun unik bernilai RM300 untuk pembelian Samsung Galaxy Watch8 Series.
- Kod diskaun akan dihantar ke alamat emel berdaftar anda selepas pembelian berjaya dibuat melalui platform e-Dagang SMCV.
- Bagi pembelian secara hadir terus (walk-in), baucar fizikal akan diberikan sebagai ganti.
- Kod diskaun ini hanya sah digunakan di Samsung Online Store (www.samsung.com/my) untuk pembelian Samsung Galaxy Watch8 Series.
- Diskaun RM300 hanya terpakai bagi model-model yang layak seperti berikut:
- Samsung Galaxy Watch8 40mm (Perak / Grafit)
- Samsung Galaxy Watch8 44mm (Perak / Grafit)
- Samsung Galaxy Watch8 Classic (Hitam / Putih)
- Kod diskaun ini sah sehingga 28 Februari 2026. Selepas tarikh tersebut, kod diskaun akan tamat tempoh dan tidak boleh ditebus.
- Kod diskaun ini adalah untuk satu (1) kali penggunaan sahaja, tidak boleh ditukar kepada wang tunai, dan tidak boleh digabungkan dengan promosi atau diskaun Samsung yang lain.
- Kod diskaun Samsung tertakluk kepada terma penggunaan Samsung dan mungkin sah untuk tempoh penebusan atau kuantiti terhad seperti yang ditentukan oleh pihak Samsung.
Klik di sini untuk melihat Terma & Syarat penuh bagi Samsung Watch8.
Hadiah Eksklusif
- 5 pembeli bertuah terawal Pakej Saringan Kesihatan Galaxy Watch8 yang membuat pembelian sebelum atau pada 3 Februari 2026 berpeluang untuk MENANG sebuah Samsung Galaxy Watch8! (40mm, Perak).
Peruntukan Am
- SMCV berhak untuk mengubah, menggantung atau menarik balik mana-mana komponen pakej ini atau mekanisme promosinya tanpa notis terlebih dahulu, selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa.
- Semua tawaran promosi adalah tertakluk kepada ketersediaan dan kapasiti operasi SMCV.
- Sekiranya berlaku perubahan peraturan atau keadaan luar jangka (force majeure), SMCV berhak untuk mengubah atau membatalkan mana-mana elemen promosi ini tanpa sebarang liabiliti.
Pakej-pakej yang Mungkin Menarik Minat Anda
Questionaire:
Oops :( Sorry, but you are not eligible for the Pap Smear test based on what you told us.





